Friday, February 10, 2012

KURSUS PENGGUNAAN GSP DALAM PdP MATEMATIK


Tarikh : 10 - 12 Februari 2012
Tempat : Hotel Dynasty, Miri, Sarawak

Penceramah jemputan adalah Tn Hj Ahmad Zamri Bin Aziz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Kelantan. Kursus ini dihadiri seramai 8 orang peserta iaitu En. Zulkifli bin Zakaria, En. Mohd. Norazmin bin Mohd. Abdul Aziz, Cik Suhaida Mohamed, En. Ali Akbar Asri, Pn. Nuraimi Nadia binti Omar, En. Danial Gangulus dan En. Nuzie bin Haji Balus Wakil daripada Sektor Pengurusan Akademik,  JPN, W.P. Labuan

Sejak tahun 2004, perisian GSP diperkenalkan kepada guru-guru matematik sekolah menengah untuk membantu guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran geometri. Perisian GSP dapat membantu visualisasi dan ianya dapat dilihat sebagai alat bantu mengajar dalam meningkatan pencapaian pelajar dalam matematik, terutamanya dalam bidang geometri. Walau bagaimanapun, penggunaan perisian GSP di sekolah masih kurang berleluasan.

Objektif Kursus
§     Melatih guru menggunakan perisian GSP
§     Membina bahan P&P menggunakan perisian GSP.
§     Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil
pembelajaran.
§     Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion  
perguruan.
§     Melahirkan guru-guru yang lebih kompeten dalam pedagogi.
§     Memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru
matematik khususnya penggunaan GSP dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
§     Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik ke tahap yang lebih
cemerlang.



No comments:

Post a Comment