UJIAN PENDEK


Ujian Pendek adalah bermaksud ujian topikal ringkas. Ujian ini hanya mengambil masa 5 – 10 minit sahaja. Pelaksanaan Ujian Pendek ini adalah hasil daripada perbincangan harian bersama ahli panitia matematik di Sekolah Menengah Sains Labuan. Masalah yang sering kami hadapi ialah apabila diberi ujian topical kepada pelajar dalam tempoh masa 30 minit hampir 50% pelajar tidak dapat menjawab dengan baik. Oleh itu kami memikirkan satu kaedah penilaian topikal yang baru yang diberi nama Ujian Pendek. Bilangan berapa kerap Ujian Pendek yang diberikan kepada pelajar bagi setiap topik adalah bergantung kepada tahap pencapaian pelajar. Pelaksanaan Ujian Pendek adalah seperti perikut. Guru memberikan Ujian Pendek 1. Selepas Ujian Pendek 1, guru terus menyemak ujian tersebut kemudian diikuti dengan perbincangan. Kemudian pelajar diberi masa 10 minit untuk berbincang dalam kumpulan sebelum diberikan Ujian Pendek 2. Selepas Ujian Pendek  2 aktiviti yang sama dijalankan. Kemudian diteruskan lagi dengan Ujian Pendek 3, Ujian Pendek 4 dan seterusnya sehingga 80% pelajar dapat menjawab dengan tepat. Kemahiran yang diuji dalam setiap Ujian Pendek adalah sama.  Apabila 80% daripada keseluruhan pelajar dalam setiap kelas mendapat markah penuh, barulah guru meneruskan P&P untuk topik baru.
Pelaksanaan Ujian Pendek boleh menjimatkan kos kerana setiap Ujian Pendek  disediakan dalam bentuk keratan soalan sahaja. Dimana setiap helai kertas A4 boleh memuatkan 8 – 10 set soalan Ujian Pendek. Set soalan ini di fotostat dan kemudian dipotong mengikut saiz soalan. Keratan soalan ini ditampal oleh pelajar dalam buku latihan masing-masing. Setiap kelas yang mempunyai 30 orang pelajar hanya memerlukan 4 – 5 helai kertas A4 sahaja.
Hasil daripada pemerhatian kami, apabila selesai sesuatu Ujian Pendek biasanya pelajar akan meminta Ujian Pendek yang seterusnya. Mereka nampaknya berminat dengan Ujian Pendek yang telah kami jalankan.  
Ujian Pendek ini hanya sesuai untuk pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 sahaja. 

KOLEKSI SOALAN-SOALAN UJIAN PENDEK
TINGKATAN 2