Panitia Matematik
Sekolah Menengah Sains Labuan menetapkan sasaran 100% gred A SPM 2011. Oleh itu
program ulangkaji mata pelajaran matematik perlu diubah. Setelah kami
bermesyuarat kami telah bersetuju untuk menjalankan Program UPB pada tahun ini.
U bermaksud ujian, P bermaksud pilih dan B bermaksud bimbing.Pada permulaannya
kami memberikan pre test matematik kertas 2 kepada semua pelajar. Kemudian kami
menyediakan analisis item. Daripada analisis item kami telah memilih pelajar
yang tidak mendapat markah penuh bagi setiap soalan untuk mengulangkaji bersama
guru, kemudian berbincang dalam kumpulan seterusnya mengikuti ujian topical.
Jika masih ada pelajar yang tidak mendapat markah penuh dalam ujian topical
pelajar diminta meneruskan ujian topical dalam satu lagi program yang dinamakan
sebagai SURIA MATE.yang diadakan setiap pagi Rabu, Khamis dan Jumaat jam 6.15 –
6.45 pagi. Kami bertugas bersama-sam empat orang guru matematik tingkatan 5
iaitu En. Zulkifli bin Zakaria, Cik Suhaida Mohamed, En. Mohd. Norazmin bin
Mohd. Abdul Aziz dan En. Aizasharizam bin Abdullah Zawawi dengan dibantu oleh
seorang pelajar Sylveste Lytton Seah Ziqian. Pelajar diminta mengikuti program
SURIA MATE sehingga dapat menjawab dengan markah penuh. Apabila semua pelajar
telah dapat menjawab dengan tepat bagi tajuk pertama, kami teruskan program
yang sama untuk tajuk kedua sehinggalah selesai semua 15 tajuk yang diperuntukkan.
Kemudian semua pelajar diminta mengikuti post test. Daripada analisis post test
menunjukkan 90% pelajar telah dapat menjawab dengan tepat. Berpandukan kepada
peningkatan ini kami yakin kami akan mencapai sasaran 100% Gred A dalam SPM
2011.
No comments:
Post a Comment